13 April 2009

operasi 'mengutip'


memulakan bicara dengan salam, semoga hari-hari yang dilalui akan sentiasa bererti dan lebih baik daripada hari-hari sebelumnya..

hari ini biarkan jemari ini berbicara...bercerita tentang garam dan gula...7 tahun telah berlalu, waktu yang telah pergi kadang-kadang membuat hati sayu, mencetus rasa rindu..

7 tahun terdahulu, annas pernah berkata kepada seseorang...sambil memberi 'kadok' untuk ulangtahun hari lahirnya, lidah ini menyebut : 'garam dan gula ini sebagai kiasan, hidupmu nanti pasti memerlukannya..jangan terlebih 'gula' dalam hidup, nanti diabetes menjenguk...jangan juga terlebih 'garam' dalam hidup, nanti darah pula yang melonjak!'

tika ini, si kecil di rumah mempelajari sesuatu yang baru setiap hari..good improvement..tak apa lah...saat ini terasa 'terlebih garam' pulak dalam hidup! lenguh lengan yang mengampu, merah mata yang berjaga di malam hari, jenuh mengayuh kaki mengejar dia yang kini dah bergerak ke merata-rata... ooooo ya Allah, berikanku 'gula' kesabaran.......

03 April 2009

antara bijaksana dan jahil

"orang bijak akan berfikir sebelum bercakap tetapi orang jahil akan bercakap kemudian baru memikirkan apa yang telah diperkatakan"
azamnya ingin menjadi orang yang kurang bercakap kerana hikmah diam itu begitu banyak khabarnya.. tetapi azam semata tak bisa menambat lidah ini, kerana akal yang lebih berkuasa.. apa akalku masih ada yang kurang? [@_@]
antara yang jahil dan yang bijaksana tentulah banyak bezanya, bahagia di dalam juga pasti berlainan kualiti dan kuantiti.. yang jahil melalui hidup dengan gayanya, yang bijaksana selalunya akan memanfaatkan hidup dengan sebaiknya..
muslim melalui hidup hari ini lebih baik dari semalam, muslim berazam melalui hari esok dengan lebih baik dari hidup hari ini.. itu namanya meng'upgrade'kan kehidupan.. tetapi berapa ramai yang menyedari bahawa hidupnya perlu ditingkatkan? jika hari semalam doanya cuma 3 baris ayat, patutlah hari ini menjadi 5 baris.. jika hari ini sedekahnya cuma RM1, patutlah esok ia bertambah pada RM2..
begitupun, ibadah itu bukan hanya berlegar di sekitar solat dan sedekah itu sahaja.. pantas lah dicari dan diintai lagi apa-apa yang boleh diniatkan sebagai ibadah..
lalu, apa dudukku selama 5 minit di hadapan laptop usang ini juga boleh dikira ibadah?emmmm

25 December 2008

habis..

salam buat sesape yang sudi menjenguk di sini..hujan yang sejak tadi turunnya tak nampak tanda2 nakberenti..kata mak annas,"tak sidang lagi"..

hari ni baru je habiskan bacaan buku tentang perkara-perkara pelik dan ajaib yang berlaku di dunia ni..nak diceritakan apa perbahasannya,karang tak laku pulak buku tu kat kedai (hehe)..seminggu ni ada la 2,3 buku yang dah habis baca..

jangan terpedaya pulak...buku novel..memang la cepat habis baca..penuh dengan semangat!kata cik abang:kan best mata memandang kalau semangat membaca Al Quran pun macam ni?!hehe.. merah jugak telinga ni..

lagi 2 hari nak balik ke perantauan..tinggal la kampung,tinggal la orang2 kampung..musafir 2 hari lagi bakal memberi pengalaman baru..maklum la kali ni bawa sekali si kecik..dah 3 bulan usianya,sahabat2 di sana belum jugak dapat bersua muka..kali ni,insyaAllah..tepu la rindu di dada(aik..betul ke ayat nih?)

dan dengan bermulanya sesi merantau episod yang entah ke berapa,akan bersawang kembali la gamaknya laman ni..nak dibuang terasa sayang..nak diteruskan takde talian...emmmm

habis...dah habis dah...idea dah takde..nak menulis pun dah kurang semangatnya..berenti dulu la..lagi pun nape la keyboard tang huruf r nye ni susoh benor nak ditekan?..astaghfiruLlah!!!

note: buat antu sufi..no yang diminta: 0179030836


16 December 2008

updating...

salam update dr annas..posting ni just nak clear dust n sawang2 yg menimbun..

adik annas selamat jd suami org 2,3 hr lepas..happy ada, sedih pun ada..agak2 lepas ni dia ada masa tak lg nak goreng mee utk annas?emmmm

tapi annas pun dah berkeluage juga..takde pulak dia komplen pape [-_-]..

apa pun, selamat pengantin baru buat satu2nya adikku..semoga berkekalan hingga ke syurga doaku..

pengantin baru " ahmad fadzlillah & norasyikin "



cik su di hari pertunangan..selamat jd cik su baru iyas pd 11.12.2008...



iyas dan anak sepupu 'aiman'...



abdullah iyas di hari pertunangan 'ayoh su mat'..

07 November 2008

kala resah melanda

saat keresahan menjenguk di hati..

MENGAPA MENGELUH?...

kita selalu bertanya dan Al Quran sudah menjawabnya

kita bertanya:kenapa aku diuji?
Al Quran menjawab: "apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja mengatakan, 'kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta" Al Ankabut : 2-3

kita bertanya:kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Al Quran menjawab: "boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" Al Baqarah : 216

kita bertanya:kenapa ujian seberat ini?
Al Quran menjawab: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Al Baqarah : 286

kita bertanya:kenapa kita rasa kecewa?
Al Quran menjawab: "janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman" Ali Imran : 139

kita bertanya:bagaimana harus aku hadapinya?
Al Quran menjawab: "dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu'" Al Baqarah : 45

kita bertanya:kepada siapa aku berharap?
Al Quran menjawab: "cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal" Taubah : 129

kita bertanya:apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Al Quran menjawab: "sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka" Taubah : 111

kita berkata:aku tak tahu!
Al Quran menjawab: "...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir" Yusuf : 12

kita berkata:sampai bila aku merana begini.
Al Quran menjawab: "kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" Al Insyirah : 5-6

SUDAH! USAH MENGELUH LAGI.PERGI BACA QURAN!

## mengenang ini semua saat berjaga malam melayan karenah si kecil yang kurang sihat perutnya..ooo..insafnya!