sesungguhnya..sememangnya..masa itu amat berharga..in my case,saat berehat2 tak banyak sangat..well,banyak la jugak..sementara di kampung ni..
emmm..orang baru telah 'tiba'..22 Ramadhan menjenguk diri..saat mendengar tangis pertamanya,rasa berbaloi menunggu lebih 12 jam di bilik 'bertuah' tu..
lalu..semakin busy la diri ini..juga si ayah 'muda'..masih mencuba meng'ekjas'kan fizikal dan mental..terkadang sampai tersengguk ketika membaca..ishh..tak penah2 tertido waktu membaca buku (except buku agama la..[@_@'] hehe)
anyway..syukur untuk 'pemberian' ini..cahaya mata pertama kami..moga tidak menjadi punca kelalaian kepada Yang Kuasa..doanya..
Abdullah Iyas bin Mohd Azhar
22 September 2008 / 4.39 pm
"anak soleh ummi"..amin
berjalan, berlarian di jalanan itu terasa membahagiakan...pernah jatuh dan rebah namun tetap digagahi melangkah @_@
18 October 2008
08 September 2008
setelah beberapa ketika..
salam buat semua di alam tulisan takde suara ni..
setelah sekian lama (may hingga september:lama tuuu)..masih terpinga2 mencari idea memulakan entry baru yang tak tau akan bersambung atau tidak ni..hehe..
di tambah, tolak, bahagi dan darab hari2 yg dilalui..kadang2 membuat hati resah dan sering memikir..apakah detik yang telah berlalu itu telah terisi dan diisikan dengan bunga2 kebaikan atau lebih kepada duri2 keburukan..(awat jadi serius pulak entry nih?)
anyway..sekadar update news..lambat lagi la nampak gayanya blog nih nak kembali aktif seperti sedia cam dulu2...hai..nape orang lain boleh istiqomah je..tapi annas takleh? kurang azam dan semangat agaknya..
tapi takpe..insyaAllah lepas si kecil ni selamat 'keluar'...annas nak pulun habis2..heehee andai terlarat la..doanya yek,kengkawan!
"andai masih berbaki tenaga ini
tentu akan dikerahkan walau
keletihan melanda
buat menyembuhkan rindu di hati"
ntah hape2...[@_@']

31 May 2008
berita terkini
emmm..salam memulakan bicara.
diam tak diam (walau mulut sentiasa berbunyi) dah hampir setengah tahun laman ni bersawang...banyak yang nak dinukilkan..tapi entah punya kesempatan atau tidak..
hampir 6 bulan berlalu..melalui hidup berdua (tentunya susah dan senang)..sampaikan nak menjenguk di ruang termenung ni pun tak sempat..
sekali lagi bergelar ibu guru..sedikit sebanyak memenatkan fizikal dan mental yang baru aje nak 'sembuh'..hehe..ya Rahim...
ruang ini bakal terisi lagi..menyambung tabiat menulis di saat sedih dan gembira..mungkin juga bakal kosong begitu sahaja..sebab tak tau bila nak sambungkan talian internet kat rumah tu..isk isk..
better stop here..

15 December 2007
bermacam musim

salam buat semua yang sudi menjengah ke laman annas ni..emm dah lama tak update..sibuk..sibuk.. ;D macam pak menteri pulak annas ni..*senyum*
saat annas menaip ni,pelbagai perkara dan peristiwa sedang berlaku..ye lah,gerak geri makhluk di sekitar Bumi ni takkan terhenti semata2 sebab annas tengah menaip.. ;D lawak sengal lagi..*senyum sendiri*
emm..waktu ni,adik annas tengah tersadai kat kampung orang..sian,jadi mangsa banjir jugak dia..nak balik kampung tak boleh,nak patah balik ke tempat kerja pun tak boleh..dah la dia 'ber'cuti sekolah kat maktab,sekarang ni 'bercuti' pulak kat tengah2 air banjir..kak di gemas pun tak leh balik lagi,abang di cheras pun masih di sana.. subhanaLlah,apa hikmah pula dari peristiwa kali ni?apa ilmu yang nak diberikan pada annas ni?emm..*senyum juga*
hujung tahun ni ada macam2 musim..musim banjir,musim orang 'berhijrah' ke dunia baru..jap!jap!bukan 'Dunia Baru' yang dalam tv tu..yang rasenye akan berlanjutan musimnya..tapi dunia baru yang akan dipenuhi dengan berbagai keadaan dan suasana..
'dunia lama' dulu hidup sorang2 je..dunia yang penuh senang,kata sorang sahabat..bangkit tido jam 10 boleh relax lagi..nak makan nasi putih dengan ikan masin cicah budu?eh..bereh!bak kata org trengganu..*senyum lagi sekali*
bila dah masuk 'dunia baru'..hidup pun bukan setakat menilik muka sendiri dalam cermin..tapi ada wajah kedua pula yang akan dilihat setiap hari..ada yang kata 'dunia baru' ni penuh bahagia..penuh gembira..entah la,nak kena tanya bro banji dulu la kot..*senyum jugak kali ni*
ish ish..apasal la si annas ni asyik senyum je?jawab annas,senyum tu pemanis muka..kan ke kalau senyum,otot muka yg diguna lebih sedikit dari bilangan otot2 muka ketika bermasam murka?hehe..
asyik membilang kawan2 yang ber'hijrah' ke dunia baru tu..kali ni giliran annas pulak..emm dah lama ambik nombor giliran..sekarang tiba juga masanya ;D
buat yg masih terpinga2 membaca post annas kali ni,tak dapat la nak nolong..buat2 faham je la..doanya ye!
01 December 2007
pendorong kita utk ihtisab
Apakah perkara yang mendorong anda berusaha menghitung pahala dalam setiap amalan anda?
1) Cepatnya masa berlalu, dan ini dialami oleh semua orang, maka hargailah detik-detik sebelum anda menghargai jam-jam. Dikatakan : “ peganglah apa yang berlalu dek kerana dekatnya, yang penghuni bumi tidak mampu untuk mengembalikannya.”
2) Mati secara tiba-tiba. “ Katakanlah : ‘ sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia akan tetap menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan” [ Al Jumu’ah / 8].
3) Berubah keadaan daripada sihat kepada sakit… daripada kaya kepada miskin… daripada keadaan aman kepada ketakutan… daripada masa lapang kepada kesibukan… daripada muda belia kepada tua… daripada hidup kepada mati…!
4) Kerana anda memerlukan amalan yang banyak untuk menambahkan berat timbangan anda, seseorang itu cepat saja musnah amalan baiknya disebabkan lidahnya dengan penipuan, umpatan, mengadu domba dan berlagak… tidaklah manusia dihumbankan ke neraka kecuali dek kerana hasil kerja lidah mereka, mungkin anda hadir pada hari Qiamat dengan kebaikan setinggi bukit kemudian anda dapati ia telah dimusnahkan oleh lidah anda sendiri… janganlah anda jadi dari kelompok orang yang mendapat banyak kesusahan kerana kecelakaan lidah… apalah yang menyusahkan kita untuk berbuat satu kebaikan untuk menambahkan berat timbangan…
5) Rasakanlah kekurangan dan kelalaian anda dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Allah. “ supaya jangan ada orang yang mengatakan : ‘ amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)” [ Az Zumar / 56].
6) Takut kepada Allah.. “ dan berilah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu kepada orang-orang yang takut akan dihimpunkan pada kepada Tuhannya (pada hari Qiamat), sedang bagi mereka tidak ada seorang pelindung dan pemberi syafaat pun selain daripada Allah, agar mereka bertaqwa” [Al An’am / 51]. Sesungguhnya ketakutan kepada Allah itu merupakan pendorong yang kuat untuk melakukan amalan soleh secara umumnya.
7) Hasrat untuk mendapat ganjaran dan pahala… firman Allah ta’ala : “ dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal “ [ Al ‘Ankabut / 58].
8) Sesungguhnya peluang hidup di dunia ini hanya sekali tidak akan berulang untuk digantikan apa yang telah terlepas… “ atau supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab : ‘ kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), nescaya aku akan termasuk orang-orang yang berbuat baik “ [ Az Zumar / 58]. Dan sekalipun ia adalah hanya satu peluang, ia juga berlalu dengan cepat…! Ketika anda duduk bersama nenek anda dan anda berkata kepadanya : ceritakanlah kisah hidup nenek sepanjang 60 tahun yang telah berlalu, maka dia akan menceritakannya dalam masa sejam atau 2 jam!...
Kemanakah perginya tahun-tahun yang panjang itu?!...
Tidak syak lagi bahawa cerita berkenaannya akan tamat (paling lamanya) dalam masa 2 hari…! Firman Allah ta’ala : “ dan (ingatlah) akan hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka, (mereka merasa di hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah tinggal (di dunia) hanya sesaat saja di siang hari, (di waktu itu) mereka saling berkenalan…” [ Yunus / 45]. Iaitu ingatlah pada hari Kami mengumpulkan mereka “ seakan-akan mereka tidak pernah tinggal” di dunia itu “ kecuali sesaat saja di siang hari” iaitu saat yang sedikit sahaja, mereka menyedikitkan masa yang panjang, samada kerana mereka telah menghabiskan umur mereka di dunia maka mereka menjadikan kewujudan waktu itu seperti tiada, atau mereka menyingkatkannya kerana rasa dahsyat dan gerun, atau kerana lamanya mereka berdiri di padang Mahsyar itu, ataupun kerana sakitnya azab yang mereka rasai menyebabkan mereka lupa pada kelazatan dunia seolah-olah ia tiada.
Dan ayat “ mereka saling berkenalan” iaitu mereka berkenal-kenalan antara satu sama lain ketika mereka keluar daripada kubur masing-masing. Kemudian perkenalan mereka terhenti kerana di hadapan mereka terdapat perkara yang menggerunkan akal dan melupakan kefahaman. Dikatakan : perkenalan ini adalah perkenalan yang dipenuhi dengan celaan dan tengkingan. Berkata sebahagian mereka kepada yang lain : kamu lah yang telah menyesat dan memerangkap aku. Ia bukanlah perkenalan yang mesra dan dipenuhi belas kasihan…” [ Fathu Al Qadir / 2].

Subscribe to:
Posts (Atom)