Wak Duku mengukir senyum nipis segaris.
“ Tapi kira aku tak boleh la nak kata aku tak terkejut.” Jade mengalih pandang pada Wak Duku. “Sebab yang bercakap pasal benda tu kau.” Dia mengukir sengih. “Kau sekolah agama ke dulu?”
Wak Duku hanya ketawa. “Kita yang bukan budak sekolah agama ni pun kena ingat Tuhan ingat agama jugak, Jade.” Ujarnya dengan senyum kecil.
“True.” Jade mengangguk. “Sebab tu aku kata refreshing. Aku tak pernah jumpa environment macam ni. Biasanya kalau yang nak bercakap pasal agama ni semuanya ustaz-ustaz yang dah beruban berjanggut stok-stok Pak Aji.” Wak Duku di sebelah dipandangnya sekilas. “Tak pun budak-budak balik dari Azhar. Bukan budak kerja lukis kartun macam kita.” Jujur dia menuturkan apa yang ada di kepala.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Rooftop Rant karangan Hlovate ni adalah antara novel yang baru aje selesai dibaca. Tuntutan tanggungjawab antara menjaga rumah dan mengurus zuriat rupanya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.
Pengorbanan masa dan kesukaan adalah di antara yang paling terkesan dirasa. Masa yang dulu agak lapang kini harus lebih bijak dibahagikan. Hatta kan masa untuk mengurus diri sendiri pun boleh dihitung mengikut detiknya bukan lagi minit atau jamnya. *smiling*
Dalam kesibukan masa, annas sering terfikir bahawa untuk meluangkan diri meneguk rasa indah bermain dengan susunan ayat-ayat sudah terbatas. Tapi rindu yang menyerap dalam hati ni alhamduliLlah membolehkan annas menyempatkan diri meneliti Rooftop Rant.
Hikmah apa yang mahu ditunjukkan Allah? Berbulan-bulan annas tinggalkan novel-novel demi mengurus si kecil.. tapi tercapai jugak tangan ni mengambil novel itu saat pulang ke kampung cuti sekolah hari tu.
Membaca judulnya macam tak ada apa-apa yang menarik, tapi bila diselak dari helai ke helai yang lain rasa sejuk mula terasa menjunam masuk dari atas kepala. [@_@] penulis menulisnya dengan bersahaja, ayat-ayat dalam dialognya terasa dekat di hati (atau annas yang masih ‘berangan’ diri masih remaja?) diuntaikan banyak kata-kata yang bermakna, dipetiknya dari buku-buku yang baik, yang dikarang penulis yang berjaya.
Mula mengenal tulisan Hlovate ini dari novelnya terdahulu (TUNAS , Aa +Bb , 5 TAHUN 5 BULAN). Mulanya terasa tulisannya hanya biasa-biasa sahaja, tapi makin lama terasa seronok pula menatap bait-bait ayatnya. Pendek kata “hikmah itu ada di mana-mana”, kan?
Ini bicara Hlovate tentang Rooftop Rant nya:
Lontarkan
…kalau tidak ia meracun
Kongsikan
…walau hanya pada awan-awan
Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!
Allah takkan bebankan hambaNya dengan
Apa yang dia tak mampu!
Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang…bilamana ‘malapetaka’ tu datang,
Terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas
Dengarkan HLOVATE berbicara:
Tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini…
Tentang Trisy dan Jade…
Tentang bukit yang sayup di depan
Tentang angin yang membawa salam di belakang
Tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
Tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah
Dan mereka terus bercerita…
Sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa
Mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?
Ini cerita sebuah bicara
Bicara bumbung namanya…
(",) selamat membaca
No comments:
Post a Comment