buku ni terjumpa atas rak tepi bilik kak gee (dia memang 'jurubeli' buku-buku di rumah..hehe)..sebenarnya dah malas nak baca novel sekarang ni..asyik cerita cinta aje.jalan cerita pun macam dah boleh agak (atau reka sendiri)..
sejak buku Ayat-ayat Cinta (AAC) dulu tu, rasa seronok membaca novel dah berkurang sikit..sebab dah tak banyak novel yang boleh menarik perhatian annas..buku Tautan Hati (TH) karya Fatimah Syarha tu pulak tebal sangat..hehe..
Lentera Mustika (LM) sebenarnya mencuit perhatian, gaya bahasa yang tertulis cukup indah. Pandainya si penulis ni, itu yang terdetik di hati bila memulakan bacaan. Sebenarnya, habis aje membaca LM ni, annas bersegera mencari maklumat dan komen pembaca lain dalam internet. Yelah, nak tau jugak pandangan orang yang mungkin berlainan dengan pendapat peribadi kita,kan?
Ada satu artikel akhbar yang menyebut tentang keperluan atau ketidakperluan testimoni pembaca disertakan dalam naskah LM ni, juga tentang kalau boleh pengakuan2 yang diletakkan di helaian depan LM ini dipilih dengan baik supaya tidak kedengaran terlalu melampau.
Annas secara jujurnya (ketika membaca testimoni tu semua) pun terasa seolah2 macam best sangat je LM ni, macam tak caye pulak..hehe..ye lah, kadang2 banyak yang jumpa lebih ‘indah khabar dari rupa’.. maaf kak Nisah!
Tapi mengejutkan, bila mula baca LM sampai la ke helaian terakhirnya..annas akui diri ni juga akan memberikan pengakuan yang serupa. Tak pernah baca novel moden sekarang yang menyelitkan begitu banyak seni! Usai baca LM, annas teruja pula nak belajar berpuisi, bersyair..hehe
Mustika tu pandai betul menghargai khazanah Melayu, bila bercakap je sikit2 nak berpantun…ye la, zaman sekarang ni dah tak macam dulu..anak dara sekarang nak pakai kain batik pun dah ramai yang tak berapa nak kredit! Apa lagi nak main pantun2…kalau ada dengar pun kat majlis bertunang la kot! (majlis bertunang annas dulu ada pantun ke?emmmmm)
Ringkas cerita, daripada LM ni annas dapat banyak istifadah..antaranya perlu juga annas membaca buku2 sastera lama untuk tambah pengetahuan (bukan setakat baca majalah ANIS atau novel Septimus Heap je), hikmah tu ada kat mana2..dalam novel,buku agama, majalah, surat khabar, internet dan lain2 sumber..pandai la nak cari sendiri.
Kadang2 tau serba sikit dalam semua bidang pun baik jugak..lebih kurang hebat macam tau semua benda yang ada dalam sesatu bidang. Lagi satu, LM ni buat annas sedar bahawa annas bukan…masih bukan seorang penulis!huhu. jauh sangat rasanya hasil karya annas kalau nak dibandingkan dengan karya penulis lain..hatta menulis dalam blog ni pun terasa memalukan..(dah la BM SPM setakat dapat B je..huhu)
‘ala kulli hal…mubarak kak Nisah Haron dan JazakiLlahu khairan…buat semua penulis tanahair, semoga hasil karya anda semua bisa dikira amal ibadah! Khoda Hafez.
1 comment:
Salam annas,
Terjumpa komen ini sambil blog hopping. Terima kasih atas komen. Sudah saya panjangkan di blog.
Boleh baca : http://annyss.blogspot.com/2009/11/terjumpa-komen-lentera-mustika-lagi.html
Post a Comment