31 May 2010

ayahku pergi

pejuang telah pergi
berangkat meninggalkan kami


Rabu 4.30 pagi, ayahanda kami Ghazali Ahmad kembali ke pangkuan Penciptanya.

sehari ebelumnya, anak-anak yang seramai 11 orang ini tiba seorang demi seorang dari perantauan.


sorang dari negeri 9, 2 di Johor, sorang di Pahang, sorang abang di Selangor dan 2 lagi dari Kelantan...yang di sekitar Terengganu juga dipermudahkan Allah untuk segera pulang.



kata Kak Ah: "balik cepat Nah, takut ko tak sempat!"
kataku: "nape? tenat betul ke? tadi pagi Kak Ji cakap ok lagi"


lalu senja Isnin itu menyaksikan betapa laju dan cemasnya Abu Iyas memulas stereng 'kereta kebal'nya...baby Hafiy bin Adik Mat pun merasa la bermusafir selama hampir 10 jam sambil dipeluk kemas umi beliau.



AlhamduliLlah, hati redha dengan pemergian ini...seramai jemaah yang hadir untuk solat jenazah..sebanyak itu juga rasa sejuk di hati ni.



dan buat pertama kalinya..baru dirasa bagaimana yang disebut orang 'air mata mengalir tanpa disedari'..tanpa sedar, pipiku basah..hati berkata jangan, tapi ia keluar je menonong sendiri..hehe (jarang-jarang nangis depan orang nih)



selamat jalan ayah, semoga ayah dirahmati, diluaskan kuburannya, diringankan azab yang diterima, dimuliakan dengan ganjaran syurga..moga dapat jumpa lagi di syurga, ayah...doanya

2 comments:

Budak Gemok said...

takziah dari kami sekeluarga, semoga ayah saudari ditempatkan bersama2 orang yang soleh

PLPDT said...

Tahziah dari kami semua, semoga roh ayah dicucuri rahmat oleh Allah s.w.a. Al-Fatihah