25 July 2007

kuliah diri

Setiap yang hidup akan mati. Tiada yang akan kekal di atas bumi ini kecuali Allah. Mati, kemudian kembali berhimpun untuk menerima balasan berdasarkan amalan yang telah dilakukan.
Sesuatu yang bernama kematian itu datangnya tanpa diketahui masa datangnya. Esok kah atau hari ini, tiada diketahui oleh kita. Mati tiada telegram sebelum munculnya. Mati membawa bermacam-macam kesudahan. Kadang-kadang wajah bercahaya, kadang-kadang pula kelam gelap gelita.
Satu cerita berbunyi tentang kesakitan dan keperitan seorang pelajar yang sedang nazak. Ibunya menangis di sisi, bapanya termenung di hujung kaki. Tika ditanya, kata seorang saudara si pelajar terkenal dengan derhakanya pada ibubapa. Rumah guru dipecahkannya dek sakit hati bila ditegur tentang kesalahannya.
Mati sememangnya suatu kepastian tapi tarikhnya tidak akan dikenalpasti terlebih dahulu. Mati bagi pelaku kemaksiatan adalah satu celaka. Mati bagi pengamal amalan soleh pula adalah janjitemu dengan Sang Pencipta yang dirindui.
Kerana itu, saat di hati kita terasa mati suatu yang menakutkan dan hidup perlu didambakan serta dunia sentiasa berlegar di mata dan di hati.. ketahuilah itu adalah suatu PENYAKIT!
Sukakan dunia,takutkan mati...al wahn.

sudah lama ku merenung diri
ruang cahaya semakin memudar
puas aku cuba gagahi
manis iman semakin menghambar

tolonglah diriku, hamba yang lemah
menguatkan hati, menambahkan tabah!

No comments: