MengingatiNya di kala senang dan susah.
MengingatiNya saat berdiri dan duduk.
MengingatiNya tika tertawa dan menangis.
Tidak dijadikan semua yang ada di langit dan di bumi ini dengan sia-sia.
Langit tak bertiang
Awan tak bertali
Bukit yang terpacak memaku bumi
Air mengalir yang menjadi sumber meneruskan hidup
Pada siapa rasa syukur ini?
Pada siapa segala pujian ini?
Pada siapa dipohonkan agar nikmat ini berkekalan?
Bila siang menjenguk diri
Hidup dilalui penuh bererti
Menjalankan amanah tanggungjawab diberi
Menjadikan diri mukmin sejati
Pada jasad teliti dilempar
Hujung rambut yang berakar
Hujung kaki yang terdampar
Telah disedari, itu hasil seorang pakar
Menembusi pintu meneruskan hari
Memerhati daun-daun jatuh dibelai bayu
Menikmati haruman bunga pagi
Telah hadir insaf di hatiku
Pada siapa lagi rasa takzim ini?
Pada siapa lagi segala penghormatan ini?
Pda siapa dipinta agar diri tidak dikecualikan dari golongan yang sedikit?
“dan sedikit sahaja dari kalangan hambaKu orang-orang yang bersyukur”
No comments:
Post a Comment