اقرأ خير ما تجد – واكتب خير ما تقرأ – واحفظ خير ما تكتب "قول الحكماء"
اقرأ باسم ربك الذي خلق "قوله تعالى"
Saranan membaca ibarat satu arahan ketika hamba-hamba Allah ini masih muda. Sejak huruf-huruf mula diperkenal, sejak lidah mampu menyebut perkataan-perkataan .. saat itu membaca diterapkan menjadi hobi masa terluang. Ini bukan kisah aku …
“ SubhanaLlah! Pandainya anak ini..ini, lihat! Huruf apa ini, sayang?”
“ En (N)”
“ AlhamduliLlah. Pandainya anak ibu. Ini?”
“ Yu (U)”
“ Masya Allah. Ini pula?”
“ Ar (R)”
“ SubhanaLlah. Abang, pandai anak kita ini. Kan, bang?”
Itu kisah 20 tahun sudah. Kisah hari ini pula menyusul.
“ Ya Allah! Apa semua ini, anak? Apa yang telah berlaku? Apa yang sudah kamu lakukan?”
“ Apa, ibu?”
“ Ini! Apa ini semua?”
“ Itukan buku, bu. Majalah..”
“ Maksud ibu, untuk apa dibaca semua ini? Semuanya sampah!”
“ Alah..dulu ibu juga yang nasihatkan supaya rajin membaca. Sekarang ibu marah-marah pula? Apa ini,bu?”
“ Sayang..benar ibu selalu menggalakkan kamu membaca..tapi..”
“ Ibu! Tunggu dulu..ini buku, bu. Ibu dan abah yang selalu nasihatkan supaya masa tidak terluang sia-sia. Ye, kerana itu saya mengisinya dengan membaca.”
“ Tapi, tulisan-tulisan picisan ini..bukan semua ini sayang. Bukan buku-buku atau majalah-majalah yang tidak bertepatan dengan akhlak ini..”
Kisah selanjutnya…
“ Assalamu’alaikum.”
“ Wa’alaikumussalam warahmatuLlah. Ye, mahu berbual dengan siapa?”
“ Tumpang bertanya, adakah ini rumah Cik Mahmudah binti AbduLlah?”
“ Benar. Tapi dia tiada di rumah. Sudah keluar ke universitinya.”
“ Siapa ini? Adakah ini bapanya?”
“ Ye, saya bercakap.”
“ Begini, Encik. Harap maaf jika saya mengganggu. Saya dari Pejabat Agama. Saya ingin meminta Encik selaku bapa kepada Cik Mahmudah, agar dapat datang ke pejabat kami dengan seberapa segera.”
“ Ada apa, Encik? Ada apa dengan anak kami?”
“ Diharap Encik dapat bertenang dahulu. Anak Encik telah ditangkap ketika berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah..”
KEDEBUK!!
Dan dialog terakhirnya…
“ Kenapa, anakku? Kenapa ini yang kamu lakukan?”
“ Saya membaca, ibu..saya membaca,abah. Saya membaca dan saya mengetahui banyak perkara. Lalu ia membuatkan saya ingin lebih tahu..ingin lebih mengerti..ingin merasai!”
“ AstaghfiruLlah! La haula wala quwwata illa biLlah!”
** moral dari cerita yang tak tau hujung pangkal ni..
1) Membaca amalan mulia, tapi berhati-hati ketika memilih apa yang anda baca.
2) Kadang-kadang terlampau rajin membaca membuat mata kita ‘rabun’. Sebab tu, kita selalu baca semua benda..tanpa mengira yang baik atau tidak.
3) Ada juga sifat membaca yang menghasilkan rasa ingin tahu yang berlebihan dan tidak terkawal sehingga membawa kepada hasil yang memberi dosa dan kejam. (kisah pelajar 15 tahun yang mencabul kehormatan sepupunya yang baru 4 tahun selepas membaca buku pasal ‘pembiakan’).
4) Kepada ibubapa, awasilah bahan bacaan anak-anak anda! Juga awasilah bahan bacaan anda sendiri..kerana anda adalah contoh kepada mereka!Luangkan masa juga untuk menerangkan mereka apa-apa yang perlu mereka tahu dari anda sendiri (dengan bahasa yang lebih terjaga tentunya) sebelum mereka mengetahuinya dari sumber-sumber lain yang tak tentu hala.
5) Kepada yang suka menulis, sentiasalah menghitung pahala dari tulisan anda. Berhati-hati dalam menulis, kerana banyak otak-otak yang mungkin dipengaruhi oleh tulisan anda..
6) Last but not least..satu soalan mudah. Kenapa majalah-majalah/ buku-buku yang baik dan bertepatan dengan akhlak Islam (bukan semua) sangat mahal harganya? UMBRA 114 m/surat baru RM 3.50 tapi ANIS 120 m/surat dah RM 7.00.
Jawapan sendiri:
1- UMBRA untuk budak-budak kenalah murah. ANIS untuk orang dewasa, mahal sikit la
2- UMBRA kualiti kertasnya biasa aje. ANIS kertasnya tebal, colourful pulak tu
3- UMBRA isi dalamnya tak berharga (??). ANIS isinya banyak manfaat, berguna untuk hidup di dunia dan akhirat. So, lepas baca kertas UMBRA boleh buat bungkus nasi lemak, ANIS boleh simpan jadi pesaka untuk anak-anak..
Lalu, budak-budak pun teruslah beli UMBRA. Agak-agak bila mereka besar, mereka beli ANIS atau tidak??? Ehem…melentur buluh biarlah dari rebungnya..
1 comment:
assalamualaikum...
salam ziarah...
:P
Post a Comment