07 September 2007

kira lagii

Jika anda berkata bagaimana saya dapat mendekati Allah sehingga berjaya mendapat kasih sayangNya?

Baiklah, jadi sekarang anda telah pun bermula…

Pelajarilah bagaimana mengumpulkan kebaikan : iaitu bagaimana anda mendapatkan ganjaran pahala dari Allah di dalam semua amalan anda. Pelajarilah seni perancangan untuk masa hadapan anda di akhirat sepertimana anda mahir di dalam seni perancangan untuk kehidupan di dunia…

Ketahuilah tentang amalan yang paling baik…hari yang paling baik…sedekah yang paling baik.

Bertanyalah tentang pahala yang paling agung dan cara-cara untuk mendapatkannya…

Carilah orang-orang yang berbuat kebaikan dan binalah hubungan yang kuat dengan mereka…ambillah faedah daripada mereka dan mintalah pendapat mereka, pelajari dari mereka bagaimana untuk mendekatkan diri kepada Allah supaya anda dicintai Allah…

Ambil beratlah tentang amalan-amalan untuk akhirat sepertimana anda mengambil berat tentang dunia sebelum ini. Ketika anda meminta pendapat orang-orang yang mengejar dunia untuk mendapat hasil yang terbaik di dalam urusan keduniaan. Ketika anda bertanyakan saudara mara dan sahabat handai dari mana kamu mendapatkan pakaian/kereta yang elok itu?

Dan kedai mana yang paling murah harganya?

Dan jenis apakah yang paling baik?

Dan warna apakah yang sesuai untuk di padankan dengan warna yang lain?
Dan ......?

Perhatikan, anda di sini telah bertanya..mencari..mempelajari..semua itu adalah usaha anda di dalam menyempurnakan amalan dan menampilkan diri dengan penampilan yang terbaik.

Sesungguhnya orang seperti anda yang pintar di dalam urusan dunianya, saya tidak menganggapnya lemah untuk menunjukkan kepintaran dan kebijaksanaan di dalam urusan akhiratnya, kerana kebijaksanaan pada urusan dunia merupakan bukti terbesar kepada diri anda sendiri tentang kemampuan anda untuk menghasilkan kesenian bila dan di dalam bidang apa sahaja yang dikehendaki… oleh itu,jangan biarkan hari anda berlalu begitu sahaja sedang anda hanya memerhatikannya!

Tetapi perbaharuilah dan berubahlah …

Kebanyakan orang sukakan pembaharuan dan perubahan pada perabot-perabot…pada pakaian…pada peralatan..pada kenderaan, tetapi pembaharuan anda di sini adalah di dalam bentuk yang lain, iaitu pada perkara yang lebih tinggi dari itu, perubahan dari bentuk yang lebih khusus, perubahan pada niat anda…iaitu pada segenap kehidupan anda…!

Ya … berubahlah kepada yang lebih baik dengan niat yang baik…berubah dan pelajarilah bagaimana menghitungkan ganjaran dari Allah pada setiap pahala kecil dan besar, pada senyuman dan kemarahan anda…pada tidur anda…pada makan anda…dan pada pemergian dan keengganan anda di dalam semua perkara…semua perkara…

“ Dan begitulah kedudukan niat pada perkara-perkara yang harus dan urusan-urusan keduniaan, sesiapa yang meniatkan di dalam kerja-kerja dunia dan adat dengan tujuan menegakkan hak-hak Allah dan menjalankan kewajipannya yang wajib dan sunat, lalu dia menyertakan niat yang solehah pada aktiviti makan minumnya,tidur dan masa rehatnya juga kerja pencariannya maka amalan adatnya itu akan bertukar menjadi suatu ibadat dan kemudian Allah akan memberkati hambaNya itu di dalam amalannya serta membukakan pintu kebaikan dan rezeki,baginya perkara-perkara yang tiada dijangka dan disangka oleh akal.

Sesiapa yang meninggalkan niat yang baik itu kerana kejahilannya atau sikap sambil lewanya,maka dia tidak boleh mencela kecuali kepada dirinya sendiri. Di dalam hadis shohih daripada Nabi SallaLlahu ‘alaihi wasallam, sabda Baginda : “ Engkau tidak akan melakukan amalan yang padanya engkau harapkan keredhoan Allah melainkan engkau diberi ganjaran padanya, sekalipun apa yang engkau suapkan di mulut isterimu “ [ Syarhu Jawami’e Al Akhbar / Ubnu Saa’di ]
Hah! … adakah anda telah memulakan perhitungan ganjaran pahala?

1 comment:

Sunan_Jati said...

assalamualaikum...
nice en3...
heheheh :P