16 June 2009

pasti

sesungguhnya mati itu pasti dan mesti..pasti datang, mesti menjunguk diri..bagaimana menyambutnya?apa situasi pada saat ia datang?itu memang takde orang boleh tahu..ia tiba tanpa telegram atau faks..jauh sekali sms atau mms..

ada orang sakit bertahun2 tapi masih bernafas hingga till this second, some others takde sakit pape pun tapi tetiba pergi begitu sahaja..meninggalkan negeri pertama (dunia) menuju ke negeri kedua (barzakh)..menunggu saat berduyun2 ke negeri ketiga pula (akhirat)..

siapa kita, ingin menidakkan kedatangan suatu yang bernama 'mati' ini?semua menyedari dan mengakui akan temujanji ketibaannya, cuma tak ramai yang benar2 mahu bersedia menyambutnya..betul,kan?

Mu'adz bin Jabal saat menyambut kematian berkata:"ahlan..ahlan..duhai kematian yang ditunggu bagi melepaskan kelelahan..."

hari pertama di alam kubur..bagaimana melaluinya?disebutkan bahawa 3 perkara mengiringi jenazah ke perkuburan dan yang tinggal menemani cuma 1 sahaja iaitu amalan.. [sudah penuhkah 'beg bekalan amalan'ku?]

.................................
## al fatihah buat bonda mertuaku (Azizah binti Awang) yang telah pergi pada ahad 7.6.2009 lalu.Semoga doa dari anak2 beliau akan membantu di sana.amin

No comments: