30 May 2009

sebelum cuti



Salam menjengah di tengah kesibukan mengemas barangan.yey yey…nak balik kampung! Dah hampir 3 bulan tak nengok parents ni, very excited!

Hari ni 30 Mei 2009, menyempatkan diri ikut zauji bawak anak2 didik ke pesta buku di Danga City Mall..cuaca lepas hujan memang nyaman sebab iyas tak banyak karenah bila sejuk, yang susah kalau udara panas..tuan putera tu akan merengek tak tentu pasal..

Ramai pengunjung di pesta tu,alhamduliLlah..bersemangat nengok umat Islam dan rakyat Malaysia berpusu2 melihat dan membeli buku. Ummi n abah iyas pun sempat beli beberapa buku menarik, walaupun hati sebenarnya tak puas sebab masih banyak lagi buku yang takleh nak beli..isk isk

Abah iyas kata, hati2 beli buku..jangan nanti semangat membeli je yang menggunung tapi membacanya tidak! Huhu..macam perli aje..

Sempat membaca sikit dari isi kandungan buku bertajuk “apabila haiwan jadi guru” karya anak Selangor yang merupakan seorang guru sekarang..menikam di jiwa isinya.. ini antara yang annas sempat muhasabah dari helaian buku tu yang sempat annas baca:

- Kita selalu umpamakan orang bodoh macam lembu, tapi betul ke lembu tu bodoh? Atau ada juga manusia yang lebih kurang macam lembu atau lebih teruk dari beliau?

- Senja tiba, ada manusia bergerak keluar dari rumah, sedang mana2 binatang hatta si lembu pun tau berlenggang balik ke sarang rumah mereka!

- Kita manusia suka makan, sekarang ada macam2 menu dicipta menggunakan lembu..sup ekor lembu,sup tulang lembu n macam2 lagi ler..najis lembu pun ada kegunaan jugak! Muhasabahnya, lembu banyak bagi manfaat kepada orang lain, adakah kita ni tergolong dalam golongan manusia yang banyak beri faedah kepada orang lain juga atau sebaliknya?!!

Kesimpulan buat masa ni (setakat yang dibaca dari buku tersebut) ..emmm kita fikir la sendiri!!

No comments: