14 October 2009

setelah Ramadhan dan Syawal

Tinggal bayi atas bonet kereta
KOTA BHARU: "Kami terkejut sejurus dimaklumkan mengenai penemuan bayi lelaki yang diletakkan di atas bonet kereta milik seorang jemaah dengan keadaan badannya lengkap berpakaian dan dibaluti tuala."

Tanpa berfikir panjang, kami segera membawa bayi comel yang diselimuti tuala berwarna merah jambu ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan sebelum di hantar ke hospital," kata seorang bilal, Muhammad Firdaus Zakaria, 22.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, jemaah Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, dekat sini, gempar dengan penemuan seorang bayi lelaki berusia sehari yang masih bertali pusat diletakan di atas bonet sebuah kereta, malam kelmarin.

Kejadian itu disedari pemilik kereta terbabit yang juga seorang doktor warga asing apabila menemui objek dalam keadaan berbungkus dan diletakkan di atas bonet kereta miliknya jenis Nissan Sunny.

Sebaik menghampiri bungkusan berkenaan, doktor yang berkhidmat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mendapati bungkusan itu adalah seorang bayi lelaki yang sedang lena tidur.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Annas dah tak nak ucapkan selamat raya lagi..dah penat beraya..just want to say this..

Ramadhan dah berlalu..Syawal juga akan berakhir beberapa hari lagi..dan kisah begini masih berulang dan berkemungkinan akan terus berulang..iman dah berkurang agaknya bila ramadhan dah pergi!

sumber: mymetro

No comments: