25 October 2009

walimah

salam membina keluarga baru buat semua sahabatku.semoga berkekalan dan bahagia hingga ke syurga..itu la saja yang dapat didoakan oleh annas pasal nak hadiri tak berkesempatan..

minggu lepas walimah sorang junior,adik kepada seniorku,teman seperjuangan dalam PLPDT, Ukhti Radhiah namanya atau lebih dipanggil mesra olehku sebagai Deq Ja..junior sekolah rendah,junior sekolah menengah juga junior dalam Badan Disiplin MDQ...

pasangannya juga pelajar lepasan dari Yaman (tapi tak sempat kenal)..ala kulli hal, mudah2an berbahagia sebagaimana pasangan2 lain, yang berhimpun atas dasar fiLlah, akan berkekalan seperti sahabat2 lain..(lepasan Yaman insyaAllah memasuki alam rumahtangga dengan ilmu penuh di dada!)

hujung minggu ni ada satu lagi pasangan special (pasal keduanya balik dari Yaman)..tapi rasanya annas juga tak akan berkesempatan menghadiri walimah ni. kad jemputannya dah selamat dihantar encik posmen kelmarin..gembira tak terkata menerimanya, senyum tak lepas dari bibir ni..

kerana sudah lama annas menunggu kad ni (sejak balik dari sana..emm,sebelum balik dari sana sebetulnya), sekarang sampai giliran sahabatku ni pula..menyimpul kasih yang dah lama..(tak pandai nak susun ayat manis ni..hehe)..

sahabat ni dah ambik nombor gilirannya lama dulu, sekarang baru dapat seruan agaknya..pasal yang lain yang tak ambik nombor dah dapat seru awal2 lagi..haha *senyum sendiri* masing2 dah berpeluh melayan karenah zuriat masing2 semuanya...

menerima jemputan tu disusuli pesanan supaya dapat dikhabarkan kepada rakan2 lain..dan annas hanya punya ruangan yang hampir lusuh ini aje untuk melunaskan permintaan itu. so, untuk sahabat2 yang punya kelapangan waktu, sila la hadiri walimah sahabat annas (yang juga tukang masak akhawat di Yaman dulu..)..

walimatul urus sahabat saya NURHIKMAH BINTI BAKAR dengan jantung hatinya MOHD KHAIRUL BIN ABD KADIR pada hari Sabtu 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430 di alamat 1390-D, Kg Kolam Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

##UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah

Justeru itu
Isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita
Menjadi solehah

Pernikahan ataupun perkahwinan
Mengajar kita kewajipan bersama
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana memiliki isteri
Yang tidak sehebat mana

Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah RasuluLlah S.A.W
Pun bukanlah
Saidina Ali KarramaLlahu wajhah
Cuma kamu
Suami akhir zaman
Yang berusaha menjadi soleh!

(* ku tujukan ini buat lelaki, kerana dia komander bahtera!)

No comments: