04 September 2007

hitung pahalaku

Tulisan ini merupakan petunjuk yang lembut menerangkan antara amalan yang banyak dan memberitahu anda supaya :
Jangan lupa untuk sentiasa menghisabkan amalan.

Bilakah masa yang sesuai untuk membaca tulisan ini?

· Ketika anda sedang berusaha melakukan amalan soleh atau ketika terasa bosan melakukannya dan memerlukan seseorang untuk memberikan perangsang untuk meneruskannya.
· Ketika anda tidak mengetahui tentang ganjaran pahala bagi amalan soleh.
· Ketika anda bersemangat berusaha melakukan kebaikan dan ingin menambahkan semangat itu.
· Ketika anda ingin menyampaikan ucapan atau pelajaran berkenaan menghisab pahala amalan.
· Ketika anda merasakan hari-hari sedang berlari dari jari anda dengan sia-sia dan anda merasa lemah untuk menghimpunkannya semula sedangkan ia adalah hari-hari umur anda dan ia takkan kembali lagi.
· Dan yang terakhir… jika anda menyayangi ahli keluarga anda, bacakanlah kepada mereka tulisan ini untuk mengajar mereka kepentingan menghisab amalan agar hari-hari mereka tidak beredar dengan sia-sia sedang mereka merupakan orang kesayangan anda dan yang paling berhak mendapat nasihat dari anda.

Dan jangan lupa wahai sayangku, untuk menerangkan kepada anak-anakmu tentang amalan menghisab ganjaran dalam perbuatan secara ringkas, agar anda dapat mendidik mereka mengamalkannya bermula sekarang…

Anda menyintai Allah, tetapi mahukah anda agar Allah menyintai anda?

Jawapan yang cantik…

Sebahagian ahli ilmu yang bijaksana telah berkata “ bukanlah sesuatu yang penting untuk menyintai tetapi yang lebih penting ialah dicintai” [ Tafsir Ibn Katsir / 2-25 ]

Anda mahukan caranya?

Dekatkanlah diri anda kepada Allah kemudian Allah akan menyintai anda…

Allah telah berfirman di dalam hadis qudsi : “ …dan tidak putus-putus hambaKu mendekatkan diri padaKu dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku menyintainya …” [ diriwayatkan oleh Al Bukhori ] , dan sesiapa yang berjaya mendapatkan kasih sayang Allah maka dia telah berbahagia di dunia dan di akhirat… sabda RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi wasallam : “ apabila Allah menyintai seorang hamba, malaikat Jibril akan menyeru : sesungguhnya Allah telah mengasihi si polan maka sayangilah dia. Kemudian para penghuni langit akan menyintai si polan itu dan diletakkan penerimaan di atas bumi “ [ diriwayatkan oleh Al Bukhori ].

Kata Al Hafiz Ibnu Hajar : “ yang dimaksudkan dengan penerimaan di dalam hadis ini ialah penerimaan hati kepada si polan itu dengan kasih sayang dan perasaan cenderung kepadanya serta rasa redho baginya. Difahami daripada ini bahawa kasih cinta dari hati manusia adalah tanda kasih cinta Allah”.

2 comments:

annas said...

dalam menyambut ramadhan yg bakal menjenguk tahun ini
nak ku hitungkan pahala yang mampu ku dapatkan
dari pekerjaanku seharian
24 jam - 1440 minit - 86400 saat

Sunan_Jati said...

buat per???
hapdet...pls!!!