18 May 2009

bio-nik

assalamu'alaikum..


tajuk entry kali ni ialah bio-nik..bersempena episod pertama ceritanya yang baru je main tadi kat tv3...huhu..sekali lagi membuang masa dengan percuma..


pagi tadi ternampak promosinya dalam MHI, tertarik pula nak tau kat mana aksinya...episod hari ni pasal macamana si nik tu dapat jadi bio-nik...zaman moden ni,macam2 teknologi dah ada, scene kemalangan yang nampak cam dahsyat (walaupun jelas2 nampak tak realnya)...


rasa-rasanya tadi ramai yang terpacak kat depan tv masing2 menatap wajah2 artis yang menjayakan drama ni..termasuklah annas juga :-( nak buat camana...bunyi tv ni memang mampu menarik hati yang lemah imannya...huhu


annas rasa nak puji berkenaan teknologi canggih manggih ni..tapi kata2 abah iyas buat annas tersedak..katanya, cerita ni punyalah canggihnya sampai dah macam takde Tuhan!!


sesiapa yang tengok citer bio-nik ni mungkin akan faham maksud abah iyas tu..ye lah, di'repair'nya si nik yang dah nyawa-nyawa ikan tu jadi manusia besi.. setahu annas, robot2 canggih yang dicipta setakat ni pun belum dapat jadi secanggih nik!


kalau boleh jalan pun, mesti tersekat2..kalau tak caya, tengoklah gaya orang2 menari gaya robot..memang macam tu pergerakannya, takde yang smooth n steady! kalau nak dibandingkan dengan manusia ciptaan Allah yang Maha Kuasa ni memang tak boleh la...


itulah..kadang2 dek teruja dengan nak buat citer tiru orang putih, macam ni la jadinya..emmmm apa nak jadi dengan dunia ni...

No comments: