21 May 2009

budaya membaca


salam..

masih berjuang memandaikan diri membahagikan masa dengan sebaiknya..untuk apa? sudah tentu untuk melalui masa seharian dengan lebih diberkati dan menarik! hari ni masih terkial-kial meluangkan masa untuk membudayakan buku dalam hidup.

iyas si kecil yang semakin lasak seperti memberi ruang untuk umminya hari ni..tepat jam 10 pagi aje dah terus 'tumbang'...alhamduliLlah, sempatlah jugak ummi tuliskan 2 helai berkenaan istiqomah..

huhu..diri sendiri masih lagi terkapai-kapai untuk istiqomah tapi digagahkan jua menulis, kalaupun bukan untuk tatapan mata-mata lain..sepasang mata ni pun rasanya perlu jua dihidangkan dengan nasihat yang berguna.

10hb lepas ke Muar, sempat menjenguk di gerai buku..syukur, minat membeli buku-buku masih diberi Allah melekat di hati ni..tapi ni dah 2 minggu, cuma 3 buah buku aje mampu dihabiskan pembacaannya..baki lagi satu buku, dek kerana keindahan isinya masih lagi tak sempat habiskan (kononnya menghayati dengan jitu..hehe)

apapun, moga minat membaca tak luput dan pupus dari diri ni..doanya!

No comments: