Kurang suka..itu perkataan pertama bermain di minda bila ditanya tentang bunga..kata orang, apa la perempuan..skit2 bunga,skit2 nak bunga..hari lahir nak bunga, hari kawin nak bunga,asyik nak bunga je.. mak kata, perempuan ibarat bunga, cantik, wangi…ye ke,mak? Tapi ada jugak bunga kurang cantik, kurang wangi..kalau lalu dekat bunga tahi ayam tu..tak gemar betul!
Kata orang lagi, bunga bukan sekuntum! Maksudnya, perempuan bukan seorang. Orang yang pernah putus cinta mungkin biasa dengar nasihat sebegini..ye lah, lagi2 akhir zaman ni memanglah perempuan nampak lagi ramai daripada lelaki..sebab lelaki ramai yang sedang ‘berehat’ dalam pusat pemulihan dan lain2 ‘tempat berehat’…
Apa ada pada bunga? Kat rumah annas sekarang takde pun bunga..baik bunga hidup (original) atau pun spesis jadi-jadian ( bunga tiruan)..kat kedai, dok sah tanya la..melambak2 kat kedai bunga tu..nak yang murah,ada..yang mahal, tentulah lagi banyak,kan?
Emm..ada orang bagi bunga, hari ibu, hari guru..hari bapa tak la kot. Ada bagi bunga ros, bunga raya pun ada..sekali dapat bunga kertas..hehe. Al muhim, dapat diperhatikan bahawa bunga memang disenangi orang khususnya si dia yang bergelar perempuan!
Apa ada pada bunga? Ini tafsir bunga..
ORKID @ sahlabiyyatun (arab) @ orchid (inggeris)
-cinta,mewah,rare and delicate beauty..
DAISI @ zahratur rabi’e @ daisy
-innocence, suci
TULIP @ at tulibu @ tulip
-elegance, masyhur, caring
MELUR @ yasminun @ jasmine
-grace and elegance
KEKWA @ uqhuwanun @ chrysanthemum
-ceria, jujur
BUNGA RAYA @ khubbazatun @ hibiscus
-delicate beauty
CEMPAKA @ jambaka @ gardenia
-riang gembira
TERATAI @ nailufarun ma iyyun @ lily
-suci, persahabatan, kemewahan
Ok, begitulah serba sikit mafhum bunga yang direka orang. Bagi annas, semua bunga tu sama je..yang beza Cuma bentuknya,wanginya,warnanya..dalam Quran pun ada sebut bunga,kan? Kalau tak silap dalam surah Ar Rahman, ayat 37. Jap, nak belek Quran..
“maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilauan) minyak.”
Dan selepas ini, ayuh kita cari hikmahnya bunga dicipta untuk tatapan kita..
No comments:
Post a Comment