25 June 2009

setakat termampu



salam..setelah sekian lama menanti, aura teknologi yang semakin bertenaga..tempiasnya kena juga pada adik2 yang ditinggalkan..

di atas tu adalah khidmat annas setakat termampu, terkilan jua sebab dah lama menyepi dari khidmat..ya Allah,ampunkanlah..buat adik2 yang masih tak jemu bagi khidmat pada PLPDT, jazakumuLLah..

khidmat kandamu ni setakat tolong post kan banner ni aje..nak tolong cuci pinggan mangkuk cam biasa tu,duduk dah jauh sangat..*sedih betul*

pernah doakan agar diri tak menghalang perjuangan pasangan hidup,tapi nampaknya perjuangan diri sendiri pula terbengkalai!!ya Robbi!!!!!

16 June 2009

pasti

sesungguhnya mati itu pasti dan mesti..pasti datang, mesti menjunguk diri..bagaimana menyambutnya?apa situasi pada saat ia datang?itu memang takde orang boleh tahu..ia tiba tanpa telegram atau faks..jauh sekali sms atau mms..

ada orang sakit bertahun2 tapi masih bernafas hingga till this second, some others takde sakit pape pun tapi tetiba pergi begitu sahaja..meninggalkan negeri pertama (dunia) menuju ke negeri kedua (barzakh)..menunggu saat berduyun2 ke negeri ketiga pula (akhirat)..

siapa kita, ingin menidakkan kedatangan suatu yang bernama 'mati' ini?semua menyedari dan mengakui akan temujanji ketibaannya, cuma tak ramai yang benar2 mahu bersedia menyambutnya..betul,kan?

Mu'adz bin Jabal saat menyambut kematian berkata:"ahlan..ahlan..duhai kematian yang ditunggu bagi melepaskan kelelahan..."

hari pertama di alam kubur..bagaimana melaluinya?disebutkan bahawa 3 perkara mengiringi jenazah ke perkuburan dan yang tinggal menemani cuma 1 sahaja iaitu amalan.. [sudah penuhkah 'beg bekalan amalan'ku?]

.................................
## al fatihah buat bonda mertuaku (Azizah binti Awang) yang telah pergi pada ahad 7.6.2009 lalu.Semoga doa dari anak2 beliau akan membantu di sana.amin

30 May 2009

sebelum cuti



Salam menjengah di tengah kesibukan mengemas barangan.yey yey…nak balik kampung! Dah hampir 3 bulan tak nengok parents ni, very excited!

Hari ni 30 Mei 2009, menyempatkan diri ikut zauji bawak anak2 didik ke pesta buku di Danga City Mall..cuaca lepas hujan memang nyaman sebab iyas tak banyak karenah bila sejuk, yang susah kalau udara panas..tuan putera tu akan merengek tak tentu pasal..

Ramai pengunjung di pesta tu,alhamduliLlah..bersemangat nengok umat Islam dan rakyat Malaysia berpusu2 melihat dan membeli buku. Ummi n abah iyas pun sempat beli beberapa buku menarik, walaupun hati sebenarnya tak puas sebab masih banyak lagi buku yang takleh nak beli..isk isk

Abah iyas kata, hati2 beli buku..jangan nanti semangat membeli je yang menggunung tapi membacanya tidak! Huhu..macam perli aje..

Sempat membaca sikit dari isi kandungan buku bertajuk “apabila haiwan jadi guru” karya anak Selangor yang merupakan seorang guru sekarang..menikam di jiwa isinya.. ini antara yang annas sempat muhasabah dari helaian buku tu yang sempat annas baca:

- Kita selalu umpamakan orang bodoh macam lembu, tapi betul ke lembu tu bodoh? Atau ada juga manusia yang lebih kurang macam lembu atau lebih teruk dari beliau?

- Senja tiba, ada manusia bergerak keluar dari rumah, sedang mana2 binatang hatta si lembu pun tau berlenggang balik ke sarang rumah mereka!

- Kita manusia suka makan, sekarang ada macam2 menu dicipta menggunakan lembu..sup ekor lembu,sup tulang lembu n macam2 lagi ler..najis lembu pun ada kegunaan jugak! Muhasabahnya, lembu banyak bagi manfaat kepada orang lain, adakah kita ni tergolong dalam golongan manusia yang banyak beri faedah kepada orang lain juga atau sebaliknya?!!

Kesimpulan buat masa ni (setakat yang dibaca dari buku tersebut) ..emmm kita fikir la sendiri!!

26 May 2009

musafir

Assalamu’alaikum…Mengumpul tenaga dan kekuatan untuk update nih!

23-24 Mei lalu, ikut program zauji di sebuah kawasan peranginan..dah lama tak keluar bersiar-siar begitu..sebenarnya annas prefer duk rumah je..sebab bila keluar, rasa macam banyak benda nak kena jaga. Pakaiannya, kelakuannya..bukanlah bermaksud tak perlu jaga semua tu kat rumah tapi bila keluar dari ‘istana’ tu, bab aurat perlu diambil berat dan macam2 lagi la..

Apa sebenarnya yang nak dicerita ni? Al muhim, annas memang dah lama tak keluar jalan2 tengok pantai camtu..apa nak buat,kat tempat tinggal sekarang ni penuh dengan hutan batu bata aje..nak jumpa air terjun jauh sekali..paling best pun ada la tasik@kolam kat taman tu..

Sesekali terfikir jugak, kaki ni dah jejak sampai atas tanah berdebu Yaman tapi ada banyak lagi tanah di negara sendiri yang belum annas jejak.. Sana’a dah pi, taiz,eden,ibb…hudaidah tanah panas air laut tu pun dah sampai..tapi seingat annas, muzium losong belum jejak! Hehe..

Emmm..air terjun sekayu sepapan tu, masjid terapung, huhu masjid Kristal yang dibina pencekik darah rakyat pun tengok sipi2 je…orang kata, jauh perjalanan banyak pengalaman ek?oh silap ke..apa-apa aje lah..

‘ala kulli hal, niat di hati nak join rehlah muslimat Julai ni..mudah-mudahan jadi dan success hendaknya..


*it’s not so hard to write a few words for the blog..but still..
**just bought ANIS hours ago, happy father’s day to abah iyas..
***Abu Saif wrote in ANIS about writing something today for the children in the future..

#really hope can write something worth enough for the readers (if there any)





masjid terapung..tak jauh mana pun..




masjid kristal yang dibangga2kan tu..

21 May 2009

budaya membaca


salam..

masih berjuang memandaikan diri membahagikan masa dengan sebaiknya..untuk apa? sudah tentu untuk melalui masa seharian dengan lebih diberkati dan menarik! hari ni masih terkial-kial meluangkan masa untuk membudayakan buku dalam hidup.

iyas si kecil yang semakin lasak seperti memberi ruang untuk umminya hari ni..tepat jam 10 pagi aje dah terus 'tumbang'...alhamduliLlah, sempatlah jugak ummi tuliskan 2 helai berkenaan istiqomah..

huhu..diri sendiri masih lagi terkapai-kapai untuk istiqomah tapi digagahkan jua menulis, kalaupun bukan untuk tatapan mata-mata lain..sepasang mata ni pun rasanya perlu jua dihidangkan dengan nasihat yang berguna.

10hb lepas ke Muar, sempat menjenguk di gerai buku..syukur, minat membeli buku-buku masih diberi Allah melekat di hati ni..tapi ni dah 2 minggu, cuma 3 buah buku aje mampu dihabiskan pembacaannya..baki lagi satu buku, dek kerana keindahan isinya masih lagi tak sempat habiskan (kononnya menghayati dengan jitu..hehe)

apapun, moga minat membaca tak luput dan pupus dari diri ni..doanya!